SEKOLAH
CEMERLANG LUAR
BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"



Rabu, 20 Oktober 2010

Kerajaaan Negeri Melaka telah buat keputusan esok 21 10 2010 adalah CUTI UMUM untuk Negeri Melaka sempena MELAKA MAJU 2010.
TAHNIAH diucapkan kepada GPK I,En Arsyad B. Mohd Som kerana telah dinaikkan pangkat sebagai GURU BESAR di SK Menggong, Alor Gajah, Melaka...TAHNIAH...

Selasa, 19 Oktober 2010

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN PN HJH SITI HAMIDAH BT SELAMAT (GPK PEND. KHAS)

TARIKH : 15 OKTOBER 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : HOTEL STRAITS MERIDIAN, MELAKA

Pada hari ini, telah pun berlangsungnya Majlis Jamuan Perpisahan Pn Hjh Siti Hamidah bt Selamat iaitu GPK Pend. Khas Sk Sri Laksamana.
Beliau telahpun berpindah ke Sk Duyong, Melaka. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa-jasa dan pengorbanan beliau semasa berada di sekolah ini. Pn Hjh Siti Hamidah adalah seorang guru yang sangat berwibawa dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.
Diharap, beliau akan menyambung perjuangannya di sekolah baru nanti dan tidak melupakan kami disini...
JASAMU DIKENANG..

Khamis, 7 Oktober 2010

HARI KANTIN 2010

Tarikh : 30 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan acara...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN akan bermula pada 22 Oktober - 29 Oktober 2010...

Khamis, 30 September 2010

LADAP KALI KE 5 DI MIBC MELAKA


Ladap kali ke 5 telah di adakan dengan jayanya di Melaka International Bowling Centre pada :

Tarikh : 29 September 2010
Hari : Rabu
Masa : 3.30 - 6.00 petang

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Isnin, 27 September 2010

PERTANDINGAN ANUGERAH PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010.

TAHNIAH KEPADA 5 BUAH SEKOLAH DI MELAKA YANG TERCALON

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TEMU

KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA
SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU 1
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' DEMANG HUSIN

Rabu, 22 September 2010

Wajah-wajah calon UPSR 2010 sebelum memasuki dewan peperiksaan..
Guru-guru memberikan kata2 semangat dan iringan doa kepada semua murid..Semoga berjaya..
SKSL we are the best

Selasa, 21 September 2010

LAWATAN PRA SEKOLAH KE ZOO MELAKA DAN PLANETARIUM..

TARIKH : 21 SEPTEMBER 2010
HARI : SELASA
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

Seramai 42 orang murid Pra Sekolah bersama guru dan pembantu murid telah mengikuti lawatan ke zoo melaka dan planetarium melaka.

Di akhir lawatan, murid-murid dibawa untuk singgah makan McDonalds di Ayer Keroh.



Isnin, 20 September 2010

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON UPSR TAHUN 2010.

KAMI WARGA GURU DAN STAF SKSL MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA...