SEKOLAH
CEMERLANG LUAR
BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"



Selasa, 19 Oktober 2010

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN PN HJH SITI HAMIDAH BT SELAMAT (GPK PEND. KHAS)

TARIKH : 15 OKTOBER 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : HOTEL STRAITS MERIDIAN, MELAKA

Pada hari ini, telah pun berlangsungnya Majlis Jamuan Perpisahan Pn Hjh Siti Hamidah bt Selamat iaitu GPK Pend. Khas Sk Sri Laksamana.
Beliau telahpun berpindah ke Sk Duyong, Melaka. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa-jasa dan pengorbanan beliau semasa berada di sekolah ini. Pn Hjh Siti Hamidah adalah seorang guru yang sangat berwibawa dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.
Diharap, beliau akan menyambung perjuangannya di sekolah baru nanti dan tidak melupakan kami disini...
JASAMU DIKENANG..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan