Penyalahgunaan aplikasi jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan Twitter di kalangan penjawat awam. Seperti yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan, antara Garis Panduan tersebut ialah :
* Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam online seperti newsgroup dan bulletin board; dan
* Menggunakan kemudahan internet untuk tujuan peribadi
Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil.2 Tahun 2009 bertarikh 6 Ogos 2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan bahawa penggunaan jaringan sosial tidak disekat dalam Sektor Awam dengan syarat-syarat berikut :
*Mematuhi peraturan-peraturan sedia ada ; dan
*Tidak melibatkan dokumen terperingkat
Sehubungan dengan itu, semua penjawat awam hendaklah mematuhi Garis Panduan yang terkandung di dalam Pekeliling dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan imej, prestasi serta integriti Perkhidmatan Awam sentiasa dipandang tinggi.
SEKOLAH CEMERLANG LUAR BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
Ahad, 18 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





Tiada ulasan:
Catat Ulasan