SEKOLAH
CEMERLANG LUAR
BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"



Isnin, 19 Oktober 2009

PERMATA PINTAR UKM 2009

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Tahun 2009
Keterangan Ringkas PERMATApintar UKM
Di bahagikan kepada dua program iaitu:
- Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
- Program Pintar Cerdas Berbakat di Universiti
- Kedua-dua program telah ditanda aras dengan program University John Hopkins dan University Mahidol
- Melibatkan pelajar berumur 9 – 15 tahun.

Sekolah PERMATApintar UKM adalah sekolah yang bakal dibina khusus untuk pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar-pelajar ini akan disaring melalui ujian PERMATApintar UKM 1, 2 dan 3 dan telah melalui program perkhemahan cuti sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah kepada adik NUR ARTISYA BINTI ZULKIPLI dari kelas 5 Canggih yang terpilih dalam program Perkhemahan PERMATAPINTAR UKM ini. Beliau adalah satu-satunya pelajar dari sekolah ini yang layak mengikuti program PERMATAPINTAR UKM setelah melepasi 2 ujian saringan yang melibatkan semua pelajar berumur 9 -15 tahun dari seluruh Malaysia.
Pelajar tersebut akan mengikuti program ini selama dua minggu di UKM bermula 30 November 2009 - 17 Disember 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan