SEKOLAH
CEMERLANG LUAR
BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"



Khamis, 19 November 2009

DEBARAN DETIK KIRAAN KEPUTUSAN UPSR 2009

Proses pengiraan data keputusan UPSR dilakukan sebaik Guru Besar tiba di sekolah pada jam 11.30 pagi.
Dapat disaksikan wajah-wajah kegembiraan para pentadbir SKSL bersama guru-guru yang membantu dalam proses mengenalpasti murid yang cemerlang.
Tahniah kepada semua warga SKSL di atas kejayaan yang cemerlang dalam keputusan UPSR 2009.
Seramai 22 orang murid berjaya mencapai 5A, dan 18 orang murid mendapat 4A.
Tahniah juga kepada semua murid SKSL dan ibubapa yang bersama-sama membantu dalam kejayaan anak-anak tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan