SEKOLAH
CEMERLANG LUAR
BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"



Rabu, 30 Disember 2009

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2010



Antara intipati mesyuarat guru pada hari ini:

Ucapan GB
-Gb memperkenalkan guru-guru baru
-meminta guru2 merujuk VISI DAN MISI Sekolah
-perubahan pada VISI sekolah iaitu SKSL MENJADI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2015.
-SKPM-dalam NKRA terbaru kedudukan setakat ini markah kebangsaan sekolah ialah 334 daripada 6820 buah sekolah.
-Buku Rekod Mengajar, GB memberi tempoh 3 minggu untuk disiapkan.
-menjelang 2019, sek rendah 50% guru ijazah.
-register dan buku resit adalah bahan yang diaudit, kekalkan prestasi audit cemerlang.

Ucapan GPK1
-pembahagian jadual waktu kelas dan persendirian
-penerangan tentang bidang tugas pengurusan dan pentadbiran.
-GPK1 turut menekankan kepentingan Q-net bagi semua murid dan mulai tahun depan, data Q-net adalak secara online.

Ucapan GPK KOKU
-agihan tugas dalam unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan telah diagihkan.
-guru kelas Tahun 1, urusan baju T- sekolah telah diserahkan pada kedai buku.

Ucapan GPK HEM
-guru kelas diminta mengemas dan membersihkan kelas sebelum sesi persekolahan bermula
-buku register hendaklah dilengkapkan dalam tempoh seminggu
-GPK HEM turut mengingatkan guru-guru agar lebih peka dan prihatin terhadap segala maklumat yang perlu dilengkapkan dalam buku register.

Sebelum mesyuarat berakhir, semua guru mengangkat akujanji sebagai pegawai perkhidmatan awam.
Mesyuarat berakhir pada jam 1.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan