JAWATANKUASA SKPM
Ditulis oleh PEGAWAI NKRA
Isnin, 22 Mac 2010 11:19
Kepada :
Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Di Daerah Alor Gajah
Tuan / Puan,
SENARAI JAWATANKUASA SKPM DAN RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH BERDASARKAN KEPUTUSAN PKS
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Bersama-sama ini disertakan surat edaran Kementerian Pelajaran Malaysia KP(JNJK) 1100/4/C(36) bertarikh 10 Disember 2009 berhubung Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
3. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah ingin memaklumkan kepada semua Pengetua / Guru Besar untuk mewujudkan satu Jawatankuasa SKPM bagi menentukan tugas ahli yang terlibat dalam mencapai sasaran Skor SKPM sekolah masing-masing. Senarai ahli JK SKPM serta tugas ahli hendaklah di hantar ke PPD Alor Gajah mengikut format yang telah ditetapkan (Lampiran A) dan diharapkan pihak sekolah dapat menyediakan Rancangan Pemajuan Sekolah yang telah dinyatakan dalam proses aliran seperti yang terdapat dalam lampiran B dan C pada atau sebelum 31 March 2010 ke unit NKRA En. Zamri Bin Mohamad Yusob atau En. Mohd Sabri Bin Sulaiman.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
SEKOLAH CEMERLANG LUAR BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
Isnin, 22 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan