Ujian Saringan Pertama PERMATApintar UKM1 Versi 2010
Ujian PERMATApintar UKM 1 Versi 2010 secara talian telah bermula pada 1 Mac 2010 dan akan berakhir pada 31 Mei 2010. Ujian tersebut adalah bertujuan untuk mencari pelajar pintar cerdas berusia 7 - 15 tahun untuk menyertai Program PERMATApintar Negara.
Sehubungan dengan itu, semua murid Sk Sri Laksamana digalakkan mengambil ujian secara on-line melalui laman web www.permatapintar.edu.my. Ujian tersebut adalah terbuka kepada semua pelajar berusia 7 - 15 tahun dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat.
SEKOLAH CEMERLANG LUAR BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
Rabu, 7 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





Tiada ulasan:
Catat Ulasan