SEKOLAH
CEMERLANG LUAR
BANDAR 2009
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"



Rabu, 25 Ogos 2010

PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI MELAKA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2010

Pengetua/Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka pada 1 Ogos 2010 hingga 16 September 2010. Pertandingan ini bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti mengibar jalur gemilang di Negeri Melaka sempena bulan kemerdekaan disamping untuk meningkatkan semangat patriotisme rakyat Negeri Melaka.



Berikut adalah hadiah bagi pemenang pertandingan tersebut :

Tempat pertama : RM5,000.00

Tempat Kedua : RM4,000.00

Tempat Ketiga : RM3,000.00

Tempat Keempat : RM2,000.00

Tempat Kelima : RM1,000.00

Hakim Pra Pertandingan akan hadir ke sekolah mulai 24 hingga 27 Ogos 2010.

Sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan